6 September 2023 Bawa Sulthan Pergi Kedai Sulcata

Selepas lebih 1-2 minggu juga saya buat bacaan mengenai sulcata ni.

Barulah saya sedia nak buat keputusan untuk beli sulcata.

Saya bawa anak pertama Sulthan ikut sekali pergi kedai, masa ni adik dia tak ikut, sebab adik no 2 ada di Terengganu dengan isteri saya.

Sepanjang dalam kereta, Sulthan seperti biasa excited bila tahu abah dia nak beli sulcata.

Dia dah pernah tengok dalam youtube juga, sebab dia tak sabar nak pergi tengok sulcata.

Sulthan teruja tengok sulcata

Tengoklah tu Sulthan, excited habis dia masa ni bila dapat jumpa sulcata depan-depan.

Siap dia minta “Sulthan nak pegang boleh tak”

Bila kata boleh, terus dia pegang sulcata ni.

Untuk info, sulcata baby ni berusia 2 bulan.

Size dalam 2 inci lebih kurang 5 cm.

Kiranya yang Sulthan pegang ni betul-betul baby sulcata lagi.