Selepas dah ada rumah untuk sulcata. Seterusnya saya perlu beli lampu untuk baby sulcata.
Antara lampu wajib ada adalah lampu UVA dan UVB.
Lampu ini akan diletakkan di dalam sangkar kerana cuaca di negara ini tidak sama dengan tempat asal haiwan ini iaitu di Afrika.

Tapi kalau tanya pendapat saya, lampu UVA dan UVB ini tidak menjadi kewajipan 100% kepada siapa yang jaga sulcata.
Kenapa saya macam ni?
Kerana kita beruntung cuaca di Malaysia hampir sama seperti di Afrika. Boleh katakan setiap hari akan ada matahari di Malaysia ini.
Jadi kalau siapa yang rajin untuk bagi sulcata ni berjemur bawah matahari setiap hari, lampu UBA dan UVB ini dah tidak menjadi kewajipan.
Tapi kalau rasa takda masa, tak sempat nak bagi sulcata ni kena cahaya matahari setiap hari, lebih baik beli siap-siap lamu UVA dan UVB sulcata ni.