Beli Rumah Untuk Sulcata

Bila dah buat keputusan untuk beli baby sulcata.

Kena sediakan pula tempat tinggal untuk baby sulcata.

Antara benda yang penting bagi saya, kiranya wajib ada jika nak jaga baby sulcata ni adalah;

  • Rumah sulcata
  • Lampu Uva, Lampu Uvb dan lain-lain lampu
  • Calsium dan vitaman untuk baby sulcata
  • Makanan yang betul untuk baby sulcata

Untuk rumah sulcata, saya buat keputusan untuk beli terus rumah yang besar, saiz dia 100cm x 30cm.

Saya beli rumah sulcata yang dah siap dengan 4 suiz lampu, jadi mudah untuk pasang lampu-lampu sulcata.

Sebab ada rumah sulcata, yang dia tiada kelengkapan suiz lampu. Jadi sama ada kena DIY sendiri ataupun beli lampu yang jenis USB.

Boleh nampak orang kedai tengah test lampu sebelum saya bawa balik rumah sulcata.

Selepas saya dah puas hati, lampu semua boleh guna, saya pun terus beli rumah sulcata ni.

Kepada rakan-rakan yang nak beli rumah sulcata ni, pastikan cuba beli yang paling besar terus.

Sebabnya baby sulcata ni dia cepat membesar.

Purata 1 tahun dia boleh membesar sehingga 10-15cm.