Saya boleh katakan ini antara soalan yang paling ramai tanya iaitu “berapa harga baby sulcata ni”
Ok jom saya ceritakan.
Masa saya baru nak beli baby sulcata ni, banyak juga tempat saya survey harga baby sulcata.
Masa ni saya tahu harga untuk baby sulcata terbahagi kepada beberapa harga.
- Harga lain jika beli dari kedai
- Harga lain jika beli sulcata yang ada sekali dengan lesen
- Harga lain jika beli sulcata tanpa lesen
- Harga lain jika beli sulcata pada individu yang dah tak sempat, ataupun dah tak nak jaga sulcata lagi.
Jadi untuk artikel “Berapa harga baby sulcata” kali ini, saya nak kongsikan dulu pengalaman beli baby sulcata dari harga kedai sekali dengan lesen.

Seperti dalam gambar, itulah harga baby sulcata 1 ekor yang saya beli dari kedai.
Saya beli dari kedai Ikia Aquaculture Melaka.
Biasanya harga boleh bincang lagi, macam saya beli 2 ekor baby sulcata.
Sepatutnya RM520 x 2 ekor baby sulcata = RM1,040 ringgit, last sekali saya dapat RM1,000 untuk 2 ekor baby sulcata.
Dapat diskaun RM40 ringgit sekali dengan percuma 1 pack makanan 100gram tokey kedai bagi pada saya.