Berapa Harga Lesen Sulcata?

Berapa harga lesen sulcata ni pun di antara soalan yang paling banyak saya terima.

Saya pun masa pertama kali nak beli baby sulcata, soalan ini juga yang saya risau.

  • wajib ke nak ambil lesen sulcata.
  • berapa pula harga lesen sulcata.
  • mahal ke lesen sulcata ni.
  • berapa kali nak renew lesen sulcata.

Itu antara soalan-soalan yang saya fikir sebelum nak buat keputusan untuk beli baby sulcata.

Jadi bila tiba harinya saya beli baby sulcata ni.

Pihak kedai Ikia Aquaculture Melaka banyak bantu guide saya berkenaan lesen-lesen sulcata ni.

Jadi berapa harga lesen sulcata ni?

Harga dia RM5 sahaja untuk setahun.

Harga lesen sulcata ini perlu di renew semula setiap tahun dengan Jabatan Perhilitan.

Jadi sekarang rakan-rakan rasa mahal ke ok sahaja harga lesen sulcata ni? cuba komen.