Excited! Betul itu yang saya dan anak-anak rasa bila bangun dari tidur.
Excited sebab ini kali pertama nak bagi sulcata makan.
Selalu tengok dekat internet dan youtube yang sulcata ni memang suka makan, hari ni saya dan anak-anak dah boleh bagi sulcata makan.
Memang tak sabar betul rasa.
Jadi untuk hari pertama, sebelum bagi makan, saya ikut tips-tips yang ramai biasa buat iaitu rendamkan baby sulcata dulu.
Untuk sulcata yang berusia 1-2 bulan macam saya punya ni, tolong berhati-hati lebih.
Jangan terlebih rendam, sebab ianya akan buatkan sulcata lemas dan boleh bawa kepada perkara yang kita tak nak iaitu “sulcata mati”
Jadi lepas dah rendam baby sulcata, tunggu dia kering sikit, lepas tu saya pun sapu ubat kepada sulcata.
Dia bukanlah ubah sangat pun, kira maca satu oil untuk kita jaga shell dia daripada mudah rosak, kira macam kita polish badan dia, terus nampak bersih dan berkilat sulcata.
Lepas dah selesai rendam, lepas dah selepas satu oil pada shell sulcata.
Tibalah masa untuk baby sulcata makan.

Jadi saya pun ambil beberapa sayur sawi yang saya tanam, lepas tu gunting kecil-kecil sikit supaya baby sulcata ni senang nak makan.
Selain sayur, saya pun ada beri beberapa biji pallet kepada sulcata.
Tengoklah tu.
Serius syok betul layan tengok baby sulcata ni makan.