Jadi Beli Baby Sulcata

Nak jadikan cerita, lepas saya dan sulthan tengok 2 baby sulcata di kedai Ikia Aquaculture Technology Sdn Bhd di Taman Merdeka Melaka.

Kami berdua terus buat keputusan nak beli baby sulcata.

Masa ni senang nak beli, sebab isteri takda. hahah

Biasanya kalau isteri saya ada, bab-bab pembelian akan dikawal oleh beliau. Tapi takpa, bagus juga, sebab isteri saya tahu suami dia ni suka beli barang.

Ok sambung semula cerita.

Selepas dah buat keputusan untuk beli baby sulcata. Perkara seterusnya perlu saya sediakan adalah;

  • Rumah untuk baby sulcata
  • Makanan untuk baby sulcata
  • Habuk kayu untuk baby sulcata
  • Ubat untuk baby sulcata
  • Lampu untuk baby sulcata
  • Lesen untuk baby sulcata

Semua ni saya kena sediakan secepat yang boleh, saya kena sediakan hari ini juga sebelum boleh bawa balik baby sulcata ni.

Nampak macam mudahkan? beli lepas tu boleh bawa balik. haha

Tidak…. Baby sulcata memerlukan penjagaan yang betul, hasil bacaan saya, baby sulcata ni jika salah cara penjagaan mereka boleh sakit dan akhirnya mati.

Sebab itulah persiapan barang-barang semua tu perlu ada dan wajib ada sebelum nak buat keputusan untuk bawa balik baby sulcata ke rumah.

Jadi kelengkapan barang-barang sulcata ni semua, saya beli juga di kedai yang sama saya beli sulcata.

Ini nama dan alamat kedai yang saya beli sulcata.