Macam Mana Boleh Nak Bela Sulcata?

Semuanya bermula bila saya nampak iklan di fb Ikia Aquapet, yang mereka ada jual baby sulcata.

Kedai Ikia Aquapet ni pula, adalah kedai yang boleh saya katakan setiap minggu saya akan pergi untuk tengok ikan, cari ikan dan beli anak ikan.

Bila saya tahu kedai ni pun ada jual sulcata, 31 ogos saya whatsapp pekerja kedai Ikia Aquapet, pekerja tu nama dia jai. Saya panggil dia abang jai.

Saya tanya berapa harga bang, ada lagi tak.

Abang jai tu pun kata ada.

Harga dia RM520 siap lesen.

Saiz 5cm usia dalam 2 bulan.

Sejak dari msg inilah, yang buatkan saya berfikir seminggu nak beli ke tak beli sulcata ni.

Saya ambil masa seminggu juga sebelum buat keputusan.

Siang malam saya buka youtube, saya belajar saya macam mana nak jaga sulcata.

Bermula dari sinilah yang buatkan saya lebih yakin lagi untuk beli dan bawa balik sulcata ke rumah.