Pertama Kali Bagi Baby Sulcata Makan

Kita dah sampai dibahagian bagi makan kepada baby sulcata.

Ikutkan untuk bagi makan kepada baby sulcata ni takdalah susah mana pun.

Cuma bagi rakan-rakan yang baru kali pertama bagi makan tu, sebaiknya ambil tahu juga untuk buat tambahan ilmu.

Ok sebelum tu kena tahu dulu yang baby sulcata ni tidak sama seperti kura-kura dalam air.

Baby sulcata juga dia tidak makan ulat, tidak makan cengkerik, tidak makan cacing, tidak makan daging, atau bahasa mudahnya sulcata ni dia vegitarian.

Jadi untuk baby sulcata yang baru berusia 2-5 bulan, sebaiknya boleh bagi sayur sawi, sayur kangkung, sayur keledek, saya pak choy, dan sayur salad.

Untuk daun pula, boleh bagi daun mulberry, bunga raya, daun bunga raya dan bunga telang.

Sebaiknya selain sayur dan daun-daun yang saya tak senaraikan tu, elakkan bagi. Sebab baby sulcata ni mereka perlukan penjagaan yang lebih dan teliti dari sulcata dewasa.

InsyaAllah selepas ini saya akan buat artikel mengenai makanan yang sulcata tidak boleh makan pula.

Terima kasih.