Bila dah perlihara sulcata ni, antara yang paling seronok adalah melihat sulcata yang suka makan.
Bagilah apa sahaja, mesti baby sulcata akan buka mulut untuk makan.
Jadi sebenarnya berapa kali baby sulcata ni boleh makan?
Hasil dari pengalaman saya, membaca, berjumpa orang, semuanya akan kata yang sama iaitu;
“Sulcata ni kita bagi sehari 10 kali makan pun diaorang akan sentiasa lapar”
Jadi masa ni penting kepada kita yang menjaga sulcata untuk bagi mengikut tahap yang sesuai dan betul untuk baby sulcata.
Untuk baby sulcata yang baru di beli, biasanya usia mereka di antara 2-3 bulan.
Jadi masa ni mereka sebenarnya belum kuat lagi untuk makan banyak.
Biasanya apa yang saya buat adalah, untuk baby sulcata kalau pallet saya akan bagi dalam 1 sudu sehari.
Sudu yang biasa kita buat makan tu, saya guna sudu saiz tu. Tapi kena ingat palley ni dia keras, baby sulcata tak boleh nak makan.
Jadi penting untuk rendamkan dulu dengan air suam dalam 2-3 minit.
Lepas tu baru buang air, dan bagi makan pallet sahaja,
Untuk sayur pula, cukup sekadar 1-2 helai sayur sawi ataupun salad sehari dah cukup. Jangan bagi lebih, sebab dia masih baby.
InsyaAllah ada masa nanti saya akan buat artikel perkongsian kenapa tidak digalakkan untuk bagi baby sulcata makan banyak.